Quantcast
Channel: My Small Kitchen
Viewing all articles
Browse latest Browse all 296

Kuih Koci Labu

$
0
0
  
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini tak esmpat nak bercerita panjang, agak fully occupied tapi sempat juga curi curi update blog.

Entry hari ini ialah Kuih Koci Labu. Maklumlah tuan tanah penggemar tegar labu.



 Kuih koci labu ini saya sediakan sebagai juadah minum petang semalam. Kebetulan 3 orang anak saudara ada di rumah, maka cepatlah habis kuih ni. Masing masing tengah dalam process pembesaran, asyik lapar saja.

Resepi saya ambil dari blog Chah cuma saya skip kuah santan. Malas pula nak buat.

KUIH KOCI LABU

Bahan bahan (Inti)
1/2 biji kelapa parut - ambil bahagian putih sahaja
2 keping gula melaka
1 sudu makan gula pasir
Sedikit air
1 sudu besar tepung gandum
1 helai daun pandan

Cara cara
1. Masak gula melaka dan gula pasir hingga larut. Masukkan daun pandan dan kelapa parut.
2.Masak hingga kelapa parut agak kering, masukkan tepung gandum. Gaul sebati dan biarkan ia kering sebentar. Sejukkan.

Bahan untuk doh
1 cawan labu yang telah direbus
1 1/4 cawan tepung pulut
Sedikit garam

Cara cara
1. Gaul semua bahan hingga sebati dan sedikit melekat di tangan. Tidak perlu tambah tepung kerana ia akan menyebabkan kuih menjadi liat.

Cara untuk membungkus
1. Bulatkan inti sebesar ibu jadi. Buat sehingga selesai.
2. Ambil sedikit adunan doh, leperkan sedikit dan letak inti dan bungkus hingga tidak nampak inti.
3. Ambil sekeping daun pisang yang telah dilayur dan dipotong kepada saiz yang sesuai.
4. Sapukan sedikit minyak masak di atas daun pisang, letakkan doh yang telah berisi inti tadi dan balut. Buat hingga selesai.
5. Panaskan kukusan, kukus kuih koci lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 296

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.